tapi untuk yang sedar bahawa industri f&b di Malaysia ni boleh pergi jauh, tapi kita tak boleh buat sorang-sorang.
Malaysia sebenarnya ada potensi besar dalam dunia makanan. Kalau kita tengok sendiri, dari warung kecil sampai ke food festival, semuanya ada daya tarikan tersendiri. Jenis makanan yang pelbagai, cara berniaga yang semakin kreatif, dan sebenarnya, energy industri ni memang hidup. Lagi-lagi kalau ada event, macam-macam benda hebat kita boleh nampak.
Sepanjang 5 tahun saya dalam industri F&B satu benda yang saya perasan, dan memang saya suka, bila suasana memaksa saya untuk sedar kita semua ni sebenarnya duduk di bawah satu bumbung.
Contohnya masa food festival. Gerai kanan minta ais, yang kiri hulur air. depan kongsi makanan, belakang pinjamkan balance, semua gerak sama-sama. Tak kira jenama besar atau kecil, semua faham kerjasama tu penting. We have each others back.
Tapi sayangnya, suasana tu tak semua orang dapat rasa. Ada yang masih baru. Ada yang jauh dari bandar. Ada yang operate sorang-sorang, tak kenal siapa pun dalam industri.
Dan... ada juga yang pilih untuk jalan sorang sorang. Bukan sebab tak ada pilihan, tapi sebab ego. Nak hebat sendiri. Nak menang sendiri.
Sebab tu kalau kita tengok realiti industri F&B di Malaysia sekarang, 1 daripada 3 bisnes F&B baru tutup dalam dua tahun pertama. 60% perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia gagal dalam tempoh lima tahun pertama operasi mereka.
Ada juga yang yang dah ada jualan, RM5,000 sampai RM50,000 sebulan. Tapi lepas tu... stuck. Tak tahu macam mana nak scale, tak tahu nak guna data, nak susun team, atau nak naikkan branding.
Dan inilah masalah paling besar yang saya nampak. Majoriti bergerak sendiri. Tak ada komuniti. Tak ada tempat nak luah. Tak ada support system yang buat kita rasa "aku tak sorang."
Dalam keadaan macam ni, kalau kita masih nak gerak sorang-sorang... kita akan ulang masalah yang sama. Lepas satu batch tutup, muncul batch baru, dan benda tu berulang.
Jadi saya fikir, kita perlukan satu tempat untuk connect. Untuk dengar. Untuk faham struggle sebenar. Dan dari situ, kita mula berkawan, cari peluang dan rancang apa yang boleh dibuat sama-sama.
Sekarang saya nak dengar daripada awak semua pula. Kalau awak sendiri berada dalam dunia F&B,